Wordless Wednesday ~ Kelapa Bakar


Bila minum sekali, rasa nak minum lagi dan lagi dan lagi.. =D

10 ways to love

Listen,  Speak, Give,
 Pray,   
Answer,  Share,
 Enjoy, 
Trust, Forgive, Promise.

Manuka Honey


Assalamualaikum dan hi my readers .
Semua sihat ?? Alhamdulillah fiza mendapat ramai kawan - kawan yang baru.. Sangat gembira tak terhingga.. Selamat berkenalan kawan - kawan. 
Mesti ramai yang menganggap blog fiza tak wujud lagi kan? Jangan risau blog fiza masih lagi wujud cuma waktu dan masa yang jeles sangat dengan fiza..
Jangan risau, hari ini fiza diberi kesempatan untuk hupdate blog fiza ini. Alhamdulillah :)

Hari ini fiza nak hupdate tentang jenis - jenis madu.. Sebelum tue, cuba teka ada berapa jenis madu?? ( siapa jawab madu empat saya sekeh kepala sorang- sorang...hehehe =p ). 



1. Madu Tualang



Madu Tualang merupakan madu lebah yang diambil dari pokok tualang hutan. Pokok tualang selalunya tumbuh tinggi di dalam hutan tebal.

Madu Tualang dipercayai terhasil oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora). Itulah sebabnya ramai yang mempercayai madu ini mempunyai nilai khasiat yang tinggi berbanding madu biasa yang lain.

Tambahan pula, sarang lebah madu tualang sukar dijumpai kerana pengutip madu lebah perlu meneroka jauh ke dalam hutan. Sesudah dijumpai, sarang lebah selalunya hinggap di dahan pokok tualang yang tinggi. Kesukaran menuai madu tualang menjadikan madu ini mendapat permintaan ramai dan boleh mencecah harga yang tinggi di pasaran.


2. Madu Sidr atau Madu Yaman ( Yemen )




Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Madu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.

Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.

3. Madu Ratu ( Royal Jelly )

Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).

Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia.

Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.





4. Madu Propolis

Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek.

Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit.

Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di Brazil.




5. Madu kelulut

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok).

Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.

Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.






6. Madu Manuka

Madu Manuka merupakan madu yang dimport daripada New Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang mempunyai udara yang bersih iaitu di Rotorua.

Oleh itu, madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora). Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah ternak.

Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit. Sila rujuk laman Unique Manuka Factor® Honey Association untuk maklumat lanjut.




Itulah losyen dan krim mata yang fiza guna selepas balik dari bercuti di New zealand. Hasilnya sangat - sangat memuaskan hati fiza..walaupun baru guna selama 2 bulan tapi hasil dia sangat best.. kulit sangat halus dan sentiasa lembab apabila menggunakan losyen tersebut.

Siapa setuju kalau fiza jual losyen dengan krim mata tue?? ^___^


Kesan menggunakan krim mata selama 2 bulan.. 

P/S : pic nie tidak diedit dan tidak memakai compact powder..sewaktu majlis perasmian maulidur rasul di Mitec minggu lepas.. 


terima kasih sudi baca .


sudah baca, harap sudi balas =D





Bubbye~ ~ ~

Two Series

Assalamualaikum semua, 

VERY SPECIAL DATE
01.02.2012

wuu..wuu..wuu... lama tak hupdate blog ni.. rindu saya tak?? ^____^

kenapa two series?? apa yang special date??
Jeng! Jeng! Jeng!


Bajet hebat dah bertukar menjadi dewasa padahal belum lagi masuk 21 masa untuk pergi daftar mengundi ke apa ke masa tu..Tahun ini menyambut hari jadi-jadian jauh daripada keluarga dan best buddy... Tapi kali ini hari jadi-jadian sangat istimewa sebab :

1. Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan. Wah, kalau berada di 3 lokasi tersebut mesti ada celebration besar -besaran. *Berangan lebih, ingat kau anak dato ke?
2. Perasmian Young Membership Comittee for  The Chatered Institute of Logistic & Transport di UNIKL  MITEC.
3. Prank yang tak dijangka sangat - sangat.
4. Sakit perut pada hari jadi - jadian.
5. Dinner treat from Mr. Redzeyez

Pada tengah malam ,sangat tidak sangka dengan prank tersebut.. sebab dah prepare nak tidur masa tue.. Kak Ifa yang sweet masuk bilik dan wish jadi - jadian saya..aww, terima kasih kak ifa..suddenly terasa pipi berminyak..

Lepas tue, roomate saya iaitu kak tora ( dia seorang yang comel taw), kak seha yang vogue, 
kak ika yang awesome dan jannah arabic masuk sembur powder dekat saya... Masa tue ingat tepung la !! 
* Imagine that moment..Awww, sangat best uolls.. 

Lepas tue, umpan seorang - seorang untuk buka pintu dan kenakan mereka semula.. hikhik!!
..Sangat best..
thanx akak - akak sekalian.. Love u all..



Sewaktu ucapan, kami semua snap pic. Tue kawan saya, ika & farah..Comel kan mereka nie?? ^__^
*Bawah mata bengkak.. Siapa tahu cara nak menghilangkannya? 

Selepas selesai acara perasmian, kami kena dengar ceramah oleh company logistic yang lain.. Sila fokus...Fokus taw..


Dan lagi


*gambar agak kabur sedikit sebab ambil guna handphone jew.

Dah selesai perasmian, terus makan - makan di cafe dan terus balik bilik.

Petang tue, Mr. Redzeyez suruh bersiap sebab nak keluar.  

Sampai sana terus pergi makan lapar.

nak taw tak saya makan kat mana?

Jeng!  Jeng!  Jeng!


Dekat sini la saya makan... Nando's Peri - Peri bersama Mr.Redzyez

Siapakah mr.redzeyez yang sebenar??


Selepas dah kenyang, rasa sangat mengantuk tapi Mr. Redzeyez bawa ke cinema.. Tengok movie Bujang Telajak.. 
Sangat kelakar cerita tue..5 star saya bagi..
Sama macam Mr.Redzeyez, dia sangat kelakar orangnya.

Mesti yang lain dah tengok kan? 


Maafkan kami...Maafkan kami...Maafkan kami... Maaf Kan kami..
lagu nie dinyanyikan sewaktu last movie tersebut tapi versi k-pop.. Ohsem!! 


Ini hadiah daripada mr.redzeyez.. Wah, sangat lawa...bunga ros..macam tahu saja saya suka bunga ros... 
Hadiah bukan bunga ros taw, kalau bunga ros confirm dah layu bila buka pembalutnya.

P/S: hadiah dari mr.redzeyez surprise uols..


Ini hadiah dari roomate saya dan juga akak-akak yang ohsem!!


kak seha, kak ifa, kak ika n kak tora...


Comel tak? Comel tak?
Nie hadiah dari akak - akak yang gojes.

Next

See, photo frame yang sangat comel..
Ini hadiah dari akak tora yang comel aka roomate saya.
Thanks akak..
Macam tahu saja saya suka teddy bear.

Next, hadiah dari jauh.

hadiah dari encik faisal uitm lendu melaka.

terima kasih sangat-sangat. appreciate it.


Dipersembahkan :

kak tora aka roomate fiza


kak ika, kak seha & kak ifa yang gojes.

jannah, & mr.Redzeyez.

Thank you so much..

tidak lupa juga kepada kawan - kawan fb yang wish birthday dan juga rakan - rakan blogger yang wish dan memberi hadiah..

nanti saya masukkan dalam entri akan datang.

 i love uols...

Menjadilah si dewasa fiza.. Boleh tak??

Bubbye~ ~ ~






Sweet 16

Assalamualaikum,
welcome february and good bye january.. 
Cepat sungguh masa berlalu..

28.01.2012 adalah hari jadi adik lelaki fiza..
Mohd Kamal bin Bustami..
dah besar adik fiza rupanya...
16 tahun..

pada hari jadinya dia sibuk dengan persiapan kemasukan ke asrama..
finally masuk juga asrama adik lelaki fiza..
Rindu nak kenakan dia...
Dah masuk asrama susah la kak fiza nak contact adik lelaki fiza nie...

this is him =D


Candid 1st


Dah sedar gambarnya kena ambil, mula tunjukkan muscle.


Hasil work out dia, tengok lah muscle kamal tu..


Gambar cake sebenar tak dapat lagi, sebab kamal tak upload so lebih kurang macam nie cake birthday kamal yang kak fiza tempah untuk kamal.


FINALLY,
HAPPY BELATED BIRTHDAY MY DEAR BROTHER
MAY ALLAH BLESS U FOREVER
AAMIIN
INSYAALLAH
I LOVE U

Hadiah akak dah bagi kan?? anyway take care masa dekat asrama =D

Bubbye~ ~ ~