My Hero

Assalamualaikum dan hi my readers .  
Selamat pagi :)
ada yang dah bangun ke??
selamat menunaikan solat subuh kawan - kawan =D

Fiza nak tanya kawan - kawan fiza yang cantik serta hensem nie.. anda tahu tak tentang ayah anda??

Mari kita bercerita kawan - kawan 

Selama ini, tempat bermanja fiza dengan mama..  Apa sahaja perkara semua dengan mama.  Lama kelamaan bila tengok kawan - kawan di sekolah mereka bermanja dengan ayah mereka tapi fiza faham bahawa ayah fiza sibuk bekerja demi mencari rezeki buat kami sekeluarga. 

 Adakah kita tahu tentang seorang ayah??

Mungkin mama lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan mama untuk menelefon kita?

Semasa kecil, mama lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke universiti atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan itu dan ini untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kita berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.
 

ayah, anak mu Nur Hafizah, Mohd Kamal, Hanisah & Zahirah sangat - sangat menyayangi ayah.



You are my Hero ayah :)


i miss u T___T

terima kasih cantik dan hensem kerana sudi baca 


Skyline

Assalamualaikum dan hi my readers . 
Sekian lama tak hupdate blog..ada yang rindu fiza tak? Banyak sangat kerja nak dibuat sehingga blog fiza sangat - sangat sunyi ;(

Sebenarnya, niat di hati fiza nak buat assignment sebab due date hari isnin.  Tapi apakan daya niat dan hati tidak selari.. kihkih *gelak jahat!!  Lepas entry nie fiza janji buat assignment.. PROMISE!!

Bersambung entry bercuti di Auckland. Kira ini part 4 walaupun setiap entry bercuti di Auckland fiza tak letak part tapi nak juga fiza letak part. =,=

 Keberadaan di Skyline okay!!

dua puteri yang sentiasa menceriakan hidup mama dengan ayah


putera dan puteri kepada en.bustami dan puan maria


SubhanAllah, cantik sungguh pemandangan Rotorua dari atas.


Second shot


Permainan ini boleh buat jantung fiza keluar... SssSsangat extreme permainan ini..


Jom jalan - jalan terokai alam sekitar


mama dengan adik tercinta



another view from top..


Ice cream dengan harga 2 dollar... 
kami makan ice cream pada musim summer memang terbaek!!
balik back packer selesema fiza dibuatnya.

Singgah sebentar ke kedai untuk beli souvenir sebelum turun dari skyline



Mud soap... The best soap ever :)


Nice right?? red in colour.. beli letak dekat bilik.  Sangat indah rasanya 


wired heart set 


fiza beli ini sebab sangat menarik love dia besar.



Semua tengah tunggu berapa lah yang kena bayar... Ish Ish Ish..

Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai skyline sila berkunjung di pameran kereta oppsss silap... Bukan kereta ya kalian semua...


Meh terjah sini untuk info lebih lanjut Skyline


~P/S: dah fiza, satu assignment pun tak mula lagi.
~P/S: perot dah berkeroncong lagu ana

Terima kasih kalian - kalian semua sudi baca..

Wordless Wednesday ~ Surprise


Surprise for me...

Thank you so much mr.redzeyez..with u, every second of my life worth living...


Kawan atau Lawan?


Assalamualaikum dan hi my readers dan selamat masuk bulan baru .

fiza dah bermula cuti mid sem...yabbbeeddaaa...bbbeeddduuu!!!! Seminggu cuti  .. 

Apa khabar Semua?? fiza tak sihat tapi gagahkan diri untuk menaip entry buat tatapan kawan - kawan fiza yang ohsem, gojes dan hensem... Cuti tapi tak sihat..Ohh, sungguh kasihan :(

Kawan atau lawan??

Kalau diberi pilihan fiza mesti pilih kawan dari lawan... Kenapa harus pilih lawan?? Tak tenteram hidup apabila memilih lawan.. Betul tak?? 

Kawan ada beberapa kategori??  Siapa boleh beritahu fiza?? 

* ramai yang jawab la ^___^

1.  Kawan Chipsmore

Apa kaitan chipsmore dengan kawan? Kawan suka makan chipsmore ke? sebab itu kita kena jadi kawan chipsmore? hikhik.. semua Salah... Kawan chipsmore ialah kawan yang sekejap ada dan sekejap tak ada... Hairan kan?? Kemana dia menghilang?? kena makan oleh mr. chipsmore ke?

2.Kawan Buaya

Apakah yang dimaksudkan dengan kawan buaya? kita berkawan dengan buaya kah?? Oh tidak!!  Kawan buaya ini seperti buaya yang suka memakan orang ibarat seperti kawan makan kawan... Hati - hati tahu kawan - kawan saya yang gojes, ohsem dan kacak.

3.Kawan Perfume

Ini kawan yang mesti pakai perfume ke sebab tue kita kena berkawan dengan dia?? Salah tue.. Kawan perfume nie masa wangi dekat or akrab dengan kita, masa busuk jauh sangat dari kita. * pecut 100 meter. Bila senang bersama dengan kita, bila susah dia terus menghilang entah ke mana.

4.Kawan Pisau

Kawan pisau ialah kawan yang kata - katanya lebih tajam dari pisau malah lebih bisa. " Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata - kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.  kata - kata yang angkuh dan bercakap besar seumpama kamu tiada tandingan hanya akan memalukan diri sendiri. Percayalah hanya DIA yang Agung..Insyaallah".

5. Kawan Coklat

Adeh!!! mulutnya sangat manis mengalahkan vanilla...hikhik.. sekali dia berkata - kata, akan cair buat selamanya...Wah! macam nak mengayat awek je.. 

6. Kawan Kayu

Kawan kayu umpama tunggul..Bercakap dengan dia tapi tidak memberi sebarang reaksi terhadap kita... Umpama kita bercakap dengan tunggul..

7. Kawan Span

Lemah lembut gemalai... Alahai, seorang yang sopan santun dan lembut tahap gaban.   Siapa ada kawan span?? angkat tangan tinggi tinggi tahu... saya nak kira nie.. =p

8. Kawan Duri

Auccchhh!! sangat sakit bila ada kawan macam ni... Mesti dia banyak duri kan?? Oh, fiza imagine durian..sangat sedap... dah lama tak makan... fiza bukan nak makan duri tahu.. nak makan isi durian..kihkih!!!!  Kawan duri nie suka sakitkan hati kita maka dia ini adalah salah satu spesies duri terbesar di dunia.. hoho

9. Kawan Kaunseling

Kawan kaunseling nie jenis semua benda dia nak tahu... kita ke mana?? buat apa?? senang cerita kawan kaunseling ibarat kawan yang suka jaga tepi kain orang.

10. Kawan Ibu/ Mak/ Emak/ Mama

Wah, banyaknya kawan ibu/mak/emak/mama.. bukan kita berkawan dengan kawan -kawan ibu kita tapi kawan ibu ialah kawan yang sememangnya sama seperti ibu kita... Susah dan senang kita berkongsi bersama ibu kita... 





Kawan - kawan, korang semua rasa korang kawan yang macam mane?