Recipe : Chicken Quiches



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada si cantik dan si tampan    

Bagaimana Ramadhan anda?? Sedar tak sedar sudah 14 hari kita berpuasa.

 Nampak ada yang dah sibuk membuat persiapan hari raya.

Dalam kita sibuk dengan persiapan raya, saudara Islam kita di sana tiada masa memikirkan tentang persiapan raya.  Tidur malam mereka tidak lena 
kerana risaukan peluru dan bom musuh . Keesokan harinya, bangun awal berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan kerana ingin mencari sekeping dua roti utk sarapan adik - adik kerana mak bapa mereka sudah mati .  Allahuakbar sedih melihat saudara Islam kita di Palestin.


Kita tidak mampu mengangkat senjata, Tapi kita mampu menadah DOA buat mereka serta memberi sumbangan buat mereka.

Moga doa kita semua dimakbulkan Allah Azawajalla... Aamiin ya rabbal alamin.

Sumbangan boleh melalui transfer bank ataupun yang paling mudah melalui SMS.




Kali nie fiza nak berkongsi resepi teramat simple as 1, 2, 3 gtu...
Tak semestinya Ramadhan jew, bukan bulan Ramadhan pun boleh jew sediakan buat keluarga, tetamu atau sahabat handai.

Kalau rasa jemu dengan telur dadar atau scrumble egg, boleh la buat quiche nie.  Fiza memang suka sangat buat quiche nie.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat quiche ::

A
* 6 biji telur
* Isi ayam yang telah dipotong dadu dan digoreng dengan butter
* Paprika merah dipotong dadu
* Tomato dipotong dadu
* 3/4 cup fresh milk
* 2 sudu besar tepung gandum
*Sebiji bawang besar dipotong dadu
* Sedikit italian herbs
* Sedikit arab herbs
*Sedikit serbuk lada hitam
* Sedikit garam
* Sedikit perasa


B
* Sos tomato atau sos cili
* Cheddar cheese



Hasil quiche akan jadi lebih cantik jika menggunakan silicone mold di bawah ini.  Hanya perlu sapu cooking spray dan tuang terus adunan ke dalam mold tersebut dan bakar. 


Cara Penyediaan ::

~ Masukkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.  Pukul bahan A hingga sebati dan kembang.  Setelah ianya kembang, masukkan ke dalam acuan mold tersebut.  Kemudian, letak bahan B dalam acuan mold.  Kuantiti cheese serta sos cili atau sos tomato terpulang pada individu masing-masing.



~Selepas itu, bakar di dalam microwave pada 170 darjah celcius selama 20 sehingga 30 minit.



Duk tengok tengah masak seronoknyaaaa....

Dannn....

Taadddaaaaa....

Inilah dia Quiches by fiza :)


Super duper yummy Creamy..


Sampai di sini saja wahai si ohsem dan si hensem

Berjumpa lagi entry akan datang.

Selamat mencuba dan salam Ramadhan.


Bye!



Recipe : Escada Mango


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada si cantik dan si tampan    


Apa khabar semua? Aduhhhh, bersawang sungguh - sungguh - sungguh belog fiza nie. Lepas nie kena hupdate taw fiza.. X hupdate nanti kena denda.  Korang denda taw fiza nie... hihi


 Bagaimana Ramadhan anda?? sedar tak sedar sudah seminggu kita berpuasa.


Kali nie fiza nak berkongsi resepi Escada Mango yang fiza buat sebelum berpuasa dan hari nie pun buat lagi atas permintaan family... Ampun lambat sangat share resepinya.. Ampunnn..

Sangat sedap hokayyyy.. Sekali dah masuk dalam mulut pasti nak lagi dan lagi!!!!


Ayuh kita terjah bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan-bahan

*27 keping biskut cream cracker

*1 kg - 1.5 kg mangga masak ranum.  Korang kupas kulit dan separuh bahagian dipotong dadu dan separuh bahagian di hiris nipis-nipis.  
*250 gram Philadelphia Cream Cheese
*300 gram Nestle Cream
*200 ml susu pekat manis.  ( Jika inginkan lebih manis boleh tambah sukatan susu pekat manis)
* Bekas persegi ukuran 8 x 8.  Kali nie fiza menggunakan bekas bulat tetapi seeloknya menggunakan bekas persegi.   Fiza menggunakan loose bottom cake pan supaya mudah keluarkan Escada Mango dari bekasnya.






Penyediaan Escada Mango

1. Masukkan 250 gram Philadelphia Cream Cheese, 300 gram dan 200 ml susu pekat manis dalam mixture bowl dan pukul menggunakan mixer sehingga ianya kembang.

2.Ambil 1 senduk besar campuran cream yang telah dipukul tadi dan tuang merata di bahagian dasar bulat atau persegi.

3. Susun 3 x 3 biskut berjumlah 9 keping. Jika menggunakan bekas bulat, susun biskut di dalam bekas bulat dan ratakan.

4. Kemudian, tuangkan satu senduk lagi campuran cream dan sapu sehingga rata di atas susunan biskut.

5. Susun kepingan hirisan mangga yang telah dipotong tadi di atasnya.

6.  Tuangkan satu senduk besar campuran cream tadi dan tuang merata di atas hirisan mangga.

7.  Susun lagi 3 x 3 biskut berjumlah 9 keping di bekas persegi.

8. Ulang langkah 4, 5 dan 6 sehingga habis 27 keping biskut.

9. Tuangkan lebih campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir dan ratakan.

10. Setelah selesai campuran krim yang terakhir, letak potongan dadu mangga di atas campuran cream tersebut.

11. Tutup bekas persegi ataupun bulat tadi dan masukkan Escada Mango ke dalam peti sejuk.  Simpan di bahagian beku 1-2 jam.

12. Selepas 1- 2 jam, keluarkan dari peti sejuk, potong dan nikmati Escada Mango ketika sejuk.. Perghhh.. Lazat tak terkata...

Make sure makan sewaktu sejuk taw..

Tarraaaaaaaaaa

Escada Mango




Superduperliciousyummy =D


Sampai di sini saja wahai si cantik dan si hensem.

Selamat mencuba dan Selamat berbuka nanti :)


Bye!






Alamak !! Tiada Lagi Harga Ahli Shaklee Bermula April 2014


Assalamualaikum si cantiks serta si hensems    

Nak buat PENGUMUMANNNN!!!

Apakah pengumuman itu sampai Cik Pija nak kecoh satu dunia nie???


Currently Shaklee Malaysia Sdn Bhd dah strict kan penyelarasan harga serta merta.

Harga Ahli Untuk Shaklee Independent Distributor atau Ahli Shaklee yang berdaftar sahaja.

Harga Retail Untuk yang selain Shaklee Independent Distributor atau Ahli Shaklee berdaftar.

So kalau kawan-kawan ingin menikmati keistimewaan membeli dengan HARGA AHLI, kawan-kawan sangat dialu-alukan untuk mendaftar sebagai Shaklee member di bawah organisasi Dazzling Diamond Group di bawah bimbingan fiza dan sifu fiza adalah kak hani kakak kepada irine nadia. :)

Banyak ke beza HARGA AHLI dengan HARGA RETAIL? Around 20-30% juga, banyak tuuuuu...

Tak minat nak register?

It's okay but please do respect our privilege as a Shaklee Distributor, tak nak lah mintak discount melampau-lampau. Yang penting, we serve and consult you on our very best.  

As for me, customers fiza mendapat HAK KEISTIMEWAAN untuk contact fiza terus secara Whatsapp or Message anytime untuk follow up or untuk bertanya apa sahaja.

Bagaimana cara mendaftar?
Member Fee cuma RM65 + postage RM10 to Semenanjung Malaysia or postage RM20 to Sabah / Sarawak. Ini untuk seumur hidup, no need to renew yer.

Kebaikan lain yang uols boleh dapat sebagai Shaklee Member:
✔Bonus dalam bentuk cash
✔Kalau tiba tiba nak ubah fikiran dari MAKAN SENDIRI kepada NAK BUSINESS, uols dah ada dalam group yang sedia bimbing uols untuk berjaya


✔Nak MAKAN SENDIRI jer? Pun boleyyyh, takde hal laa..

Berkuatkuasa SERTA MERTA,  semua PENGEDAR SHAKLEE diWAJIBKAN menjual semua produk Shaklee dengan HARGA RUNCIT, tiada lagi HARGA AHLI ATAU HARGA KASIH SAYANG selepas ini.

Buat pelanggan yang ingin mendapatkan HARGA AHLI, jom ramai-ramai kita daftar jadi Ahli.  Walau sekadar untuk makan sendiri, dapat harga ahli yang super duper murah dan layak mendapat bonus. Wahhh bonus tue, sape yang tak nak bonus dari Shaklee dalam bentuk cash lagi tue.


Whatsapp or email fiza untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor dan nikmati pembelian dengan harga ahli.


Fiza ~ 019 789 3968


                                          phyzha.shaklee@yahoo.com

Buat regular customers yang fiza sayang, Jom daftar Ahli di Group Dazzling Diamond.

Kebaikan yang uollss akan dapat~

Walaupun anda nak makan sendiri, anda tetap dapat guide ekslusif dari fiza "Seumur Hidup" sambil consume. 
Anda juga layak dapat bonus apatah lagi jika kalian serius untuk create 4 - 5 angka seperti saya? fiza akan bawa anda masuk ke Group Terbesar kami.

Terima kasih sudi membaca ^_^

Holla 2014!!


Assalamualaikum si cantiks serta si hensems    

Rasanya masih belum terlambat lagi fiza nak ucapkan selamat tahun baru dekat uolllss. 


"Selamat Tahun Baru 2014 kawan-kawan fiza yang ohsem dan gojes dan hensem".

 Pantas sungguh masa itu berjalan.  Pejam celik pejam celik dah 2014 dan nie pun dah nak masuk penghujung bulan Januari.. Allahuakbar, masa berlalu tanpa kita sedari.


Maaf seribu dipinta, belog asyik lambat hupdate jew.. Almaklumlah ada insetagram..di situ je lah hari-hari fiza hupdate.. Senang dan mudah di insetagram tue.. Point utama bukan sebab insetagram taw, disebabkan fiza tahun lepas sibuk uruskan event amal terbesar yang julung kali dibuat di universiti fiza dan juga exam yang baru juga berakhir tahun nie.

Jom pija recall balik what happened on 2013:)


~ Internship life




Nampak tak nama di belakang tue?? Situ lah company pija kutip segala ilmu - ilmu tentang dunia logistik. It was my 1st internship and seriously very fun and full of knowledge i got.

 With ummi merangkap p.a for my boss mr.Chow..





my work station.


~ Finish my Industrial Training




Finally, finish my industrial training and yeay waiting for graduation for Diploma in Industrial Logistic anddd long break for me. :)

~ Featured in magazine






Alhamdulillah both in majalah Hijabista.

~ Family trip to Indonesia



Memandangkan adik lelaki SPM dan adik ke 3 PMR jadi kami bercadang pergi bercuti tempat yang dekat sahaja.  Masa tue di Jakarta, entah sebab apa gembira semacam...hahaha



Siapa datang ke Jakarta tak singgah sini memang rugi.. Tak silap tahun nie nak buka di Malaysia tapi tak tahu bila.. Heaven sangat-sangat..




Kalau ke bandung tak singgah sini memang tak sah.. Trans Studio Bandung.. Seronok banget..

~ Memulakan Perniagaan



Sebenarnya fiza dah lama amalkan shaklee semenjak umur 5 tahun kemudian darjah 6 stop tak tahu sebab apa. Dulu ayah member tapi sekarang anaknya pula..hihi..  Sebelum nie, search juga supplement apa bagus untuk skin.  Yelah fiza student so nak beli supplement beratus - ratus ringgit tue memang tak mampu la so jejak kasih semula dengan shaklee dapat la bajet set for skincare.. and now,  memulakan perniagaan with Shaklee dan Alhamdulillah dapat income yang tak disangka. Syukur Alhamdulillah dan berterima kasih sangat-sangat dekat mentor kak hani yang banyak mengajar fiza.  Sesiapa nak beli Shaklee tue boleh la watsapp or email kita taw.  *promote sat.


~ Aidilfitri bersama keluarga




Alhamdulillah dapat juga merasa berpuasa dan menyambut lebaran bersama keluarga tercinta.  Alhamdulillah



Rumah terbuka.  Bersama rakan-rakan pejabat sewaktu Intern. Uollss the best.


~ Bermula kisah hidup sebagai Pelajar Ijazah





Alhamdulillah, sambung belajar lagi ke peringkat Ijazah dalam bidang Industri Logistik.  Alhamdulillah dipertemukan kawan-kawan baru dan diberi tanggungjawab dalam event terbesar UniKL MITEC.  Doakan fiza dapat habiskan pengajian dengan jayanya kawan - kawan.

Bersama adik 'Izzatul Hazwani.. Dia nie super duper best.  Dia nie fiza dah anggap adik dah.. Cerita tentang Zatul nantilah kita story morry yea. :)

~ Convocation Diploma in Industrial Logistic

Alhamdulillah untuk pengakhiran 3 tahun berjuang dalam Diploma.  Such a beautiful ending.  Terima kasih yang tidak terhingga yang fiza sendiri tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata buat mama ayah tercinta, adik beradik fiza, si dia, Para Pensyarah, serta kawan-kawan tercinta.  Syukur Alhamdulillah for this.  Im gonna fight for Bachelor in Honours. In shaa Allah. 

~SADAQA & Carnival We Love We Care 2013



Event  di bawah naungan bonda Pn Jimisiah dan diketuai oleh Mohd Ikhmal Fikri Alhamdulillah berjaya mencapai target yang diinginkan.  Syukur Alhamdulillah kepada semua rakan-rakan Batch September 2013 kerana menjayakan event ini. Uoollsss memang the best.


Basically, 2013 punya cerita Intern life, student life, family & travel.  2013 banyak perkara mengajar fiza dari baik buruk, tangisan, gembira, tawa, patah hati dan lain - lain.  Fiza tak pernah menyesal lalui semua itu, fiza anggap semua tue pengalaman hidup buat fiza dan gembira sangat bertemu dengan orang - orang baru.   Fiza mengharapkan di tahun 2014 nie dapat menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.  Umur pun semakin meningkat.  Semoga Allah ampunkan segala dosa fiza dan dikesempatan ini juga fiza meminta ampun dan maaf dari rakan-rakan yang fiza kenal ataupun tidak.  May we all become a better slave to Allah and umat of our beloved prophet Muhammad SAW.


" Starting all over again is not that bad, .. because when you restart, you get another chance to make things right".

Thank you for reading this entry!!!

Fiza sayang uoolls!!