About Me

Assalamualaikum,

Nama diberi Nur Hafizah binti Bustami tapi boleh panggil 'Phyzha' atau 'Nur'. Tapi jarang sekali orang panggil 'Nur'. Phyzha dilahirkan pada 1 Februari 1992 dan dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Bagi phyzha sini lah negeri yang sangat tenang. hihi.. Sekarang phyzha berusia 24 tahun!


Status phyzha sekarang adalah milik seseorang. Siapakah dia? Biarlah rahsia. Tiba masanya nanti akan phyzha kongsikan bersama korang juga. :)

Phyzha sekarang berada di tahun akhir dalam jurusan Industri Logistik. Korang, doakan phyzha yea. 
Secara jujurnya, phyzha dah berbelog nie dah 5 tahun semenjak phyzha umur 19 tetapi banyak kepada tentang personal diri. Entry yang banyak sangat tue terpaksa phyzha tapis dan delete sebab tak sesuai untuk umum. Almaklumlah dulu umur belasan tahun macam-macam nak diceritakan.

Yang ada mengikuti phyzha dari zaman dulu sehingga lah ke facebook dan instagram, phyzha nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat korang. Sekarang phyzha reborn semula belog dengan berwajah baru dan fresh. hihihi



Thank you sesangat kat awak-awak semua yang membaca di dalam belog phyzha nie. Tak de lah rasa sunyi sengsorang dalam belog nie. 

Muchas Gracias :*

1 comment:

  1. hai phyza, nice to meet you. tetiba tergolek masuk belog ni nak cari potongan baju kurung nak pegi tempah petang ni hehe. nanti sy baca2 lagi kat sini ek. terima kasih

    ReplyDelete